Pemandu Maut, Dua Cedera Kemalangan Terbabit Dengan Lori

Pemandu Maut, Dua Cedera Kemalangan Terbabit Dengan Lori

TASEK GELUGOR: Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Fikri Bin Mohd Zuki, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaannya.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12:09 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah lori Volvo tanpa muatan.

“Setiba di lokasi kejadian, seorang mangsa iaitu pemandu kereta didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala dua penumpang lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan.

“Pemandu lori berkenaan tidak diketahui disebabkan tidak kelihatan di tempat kejadian” ujarnya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja menyelamat untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada kereta yang remuk menggunakan peralatan menyelamat.



“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.44 tengah hari dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Manakala dua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan.-AA

Pemandu Maut, Dua Cedera Kemalangan Terbabit Dengan Lori

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker