BNM sepatutnya sekat GOpinjam demi lindungi B40 – Tok Mat
BNM sepatutnya sekat GOpinjam demi lindungi B40 – Tok Mat
Bank Negara Malaysia (BNM) sepatutnya menyekat perkhidmatan kredit GOpinjam yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go Group (TNG) dan CIMB Bank Bhd demi melindungi golongan miskin B40.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa, kadar faedah GOPinjam adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi iaitu antara lapan peratus hingga hingga 36 peratus.
Menurut Mohamad, kadar faedah yang dikenakan tersebut tidak ubah seperti skim pinjaman ah-long tetapi secara berlesen.
“Kadar faedah program pinjaman peribadi GOpinjam adalah tertinggi dalam pasaran kredit dan ditawarkan dengan kadar keperolehan yang sangat mudah.
“Skim ini disasarkan kepada golongan B40 yang keadaan kewangannya sudah tertekan.
“Ia saling tidak tumpah seperti skim pinjaman berlesen ah-long yang menjerat di leher peminjam dan mustahil untuk dilangsaikan bagi mereka yang sudah mengalami kesulitan kewangan,” dakwanya.
Tambah Mohamad, sehingga kini tiada penjelasan diberikan oleh Menteri Kewangan ataupun pihak kerajaan tentang keperluan dan kewajaran program pinjaman peribadi tersebut serta kepentingan perkhidmatan berkenaan terhadap perkembangan ekonomi negara.
Tegas Mohamad, kepatuhan kepada kawalselia Bank Negara bukan menjadi persoalan sebaliknya perkhidmatan itu akan menjerat rakyat ke kancah hutang yang parah dan berterusan.
“Bank Negara Malaysia seharusnya menyekat model pinjaman kredit sebegini demi melindungi golongan B40 dan anak muda yang berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam kancah hutang peribadi yang sememangnya sudah sangat tinggi dalam Malaysia.
“Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk akhir tahun 2021 adalah pada kadar 89 peratus antara yang tertinggi berbanding dengan ekonomi serantau.
“Ekonomi kewangan rumah tangga akan menjadi parah dengan timbunan hutang yang tinggi kadar faedahnya disamping pendapatan yang rendah. Akhirnya, ia akan memusnahkan kesejahteraan sesebuah keluarga,” katanya.
Menurut Mohamad, Menteri Kewangan perlu tampil dengan solusi keusahawanan untuk memberdaya rakyat berpendapatan rendah.
Melancarkan skim ah long model canggih seperti GoPinjam, kata Mohamad, adalah bertentangan dengan amanah dan aspirasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
GoPinjam dilancarkan pada 1 April lalu yang menawarkan pinjaman mudah dan pantas serendah RM100 sehingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula yang fleksibel pada kadar faedah sebanyak lapan peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TNG, Effendy Shahul Hamid, berkata syarikat menyasar untuk menyalurkan pinjaman sehingga RM300 juta tahun ini.
Pelancaran dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. MG
BNM sepatutnya sekat GOpinjam demi lindungi B40 – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan