650 pemegang akaun saman CIMB RM650 juta

650 pemegang akaun saman CIMB RM650 juta

Seramai 650 pemegang akaun CIMB Bank memfailkan saman sebanyak RM650 juta terhadap bank itu kerana cuai berhubung kesilapan pemprosesan yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan mereka berhutang.

Mereka menuntut keseluruhan sebanyak RM1,007,702.91 – yang didakwa telah diambil secara paksa daripada akaun mereka oleh bank berikutan proses pemulihan hutangnya.

Kumpulan itu meminta sekurang-kurangnya RM1 juta diberikan sebagai ganti rugi teruk kepada setiap pemegang akaun.

Mereka turut memohon Mahkamah Tinggi membatalkan pembekuan akaun dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan selain ganti rugi am, teladan dan teruk dengan faedah 5% setahun dari hari saman difailkan dan kos.

Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu lalu, pemegang akaun mendakwa mereka melalui kesukaran selepas akaun simpanan disekat daripada digunakan.

Mereka berkata, tindakan membekukan akaun dan debit dana daripada akaun mereka adalah menyalahi undang-undang kerana mendakwa mereka tidak menerima sebarang notis mahupun perintah mahkamah untuk tujuan itu.

Menurut mereka, kredit berganda dan pembekuan secara paksa dan kemudiannya proses pemulihan hutang oleh bank adalah menyalahi undang-undang kerana kesilapan kredit yang berlaku disebabkan oleh kecuaian bank.

“Tindakan bank mendebit wang daripada akaun adalah menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan melibatkan institusi kewangan di negara ini.

“Langkah bank mendebit wang telah melanggar garis panduan dan peraturan ditetapkan Bank Negara berhubung pertikaian oleh institusi kewangan dan pendeposit,” kata kenyataan itu.

Peguam Nazmi Mohd Zaini yang mewakili semua 650 pemegang akaun dalam tuntutan itu berkata, beliau akan memohon saman serupa seperti yang difailkan bulan lalu oleh 12 pemegang akaun terhadap CIMB untuk dibicarakan bersama kes terbaharu.

Dalam saman terbaharu itu beliau berkata, hanya 26 orang dinamakan untuk mewakili 650 pemegang akaun itu.

“Plaintif yang dinamakan dalam saman itu mestilah seseorang yang boleh komited dalam prosiding mahkamah, termasuk mereka yang boleh memberi keterangan di mahkamah. Kami tidak mahu mahkamah yang mulia dibebani dengan ramai plaintif kerana matlamat mereka adalah sama,” katanya.

Dalam jawapan segera, CIMB berkata: “Sebagai sebahagian daripada langkah pemulihannya, CIMB telah melaksanakan hak kontrak dan undang-undangnya untuk mendebit akaun sejumlah pelanggan terhad yang tidak secara langsung atau melalui peguam, memberi maklum balas atau terlibat dengan bank walaupun percubaan dibuat oleh bank. Bank telah meneruskan untuk menolak amaun yang didebitkan terhadap kredit pendua yang tersilap diterima oleh pelanggan tersebut hanya selepas notis awal diberikan.

“Semua langkah pemulihan yang diambil adalah selaras dengan amalan standard industri dan selepas notis pemberitahuan yang sewajarnya.

“Bank tetap komited untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus dan kami akan terus melibatkan semua pelanggan terjejas yang menerima kredit berganda. Setakat ini, ia menjadi subjek prosiding undang-undang, CIMB akan menyerahkannya kepada proses sewajarnya di mahkamah,” katanya dalam e-mel kepada FMT.

650 pemegang akaun saman CIMB RM650 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker