World #QuranHour kali keenam pada 6 Mei ini


AKTIVITI #QuranHour yang memasuki tahun keenam penganjurannya tahun ini bakal diadakan pada 6 Mei bersamaan 24 Ramadan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, World #QuranHour yang dijayakan secara bersama yayasan itu dengan rakan media lain akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup sebagai langkah berjaga-jaga mengekang penularan Covid-19.

Namun begitu, kata Marhaini, penganjuran World #QuranHour kali ini juga boleh ditonton secara langsung melalui siaran RTM, Bernama, Astro Oasis dan saluran Al-Hijrah secara serentak pada pukul 12 hingga 1 tengah hari.

Katanya, setiap negeri seluruh negara akan turut menyertai program kali ini menerusi Rumah Ngaji serta kawasan yang telah dikenal pasti.

“Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan menjadi surah pilihan dan tema bagi World #QuranHour tahun ini dalam membina karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.

“Dengan menghayati surah Al-Mulk, ia diharapkan dapat membina kekuatan kerajaan di dalam diri, keluarga, organisasi dan komuniti dalam negara, katanya pada Majlis Taklimat Sinergi Media World #QuranHour 1442H/2021 di Shah Alam.

Turut hadir, Pengasas WUIF yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub.

Program #QuranHour tahun ini juga mendapat sambutan daripada 17 negara luar termasuk Indonesia, Thailand, Vietnam, Poland, Argentina, Amerika Syarikat (AS), Mesir, China, Kuwait dan lain-lain.

Sambutan pada kali ini turut menyasarkan 100 juta tontonan seluruh dunia.

Hussamuddin turut berharap semua pihak dapat bersama-sama menyertai program World #QuranHour tahun ini.

“Saya berharap setiap individu, keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah turut sama menghayati program ini.

“Tidak kira di mana anda berada agar sama-sama dapat membersihkan hati menerusi program seumpama ini,” katanya. Utv

Pergelutan niat kebaikan dalam jiwa manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker