Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal, Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal, Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

SETIAP kali tibanya Ramadan, buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa.

Menjengah ke pasaran tempatan, terdapat pelbagai jenis kurma seperti Rabbi, Mazafati, Medjool, Safawi, Sayer, Zahidi, Nour, Dayri, Ajwa dan sebagainya.

Ia juga adalah kurma kegemaran Baginda kerana terdapat pelbagai manfaat luar biasa untuk kesihatan.

Memiliki rasa yang tidak terlalu manis dan sedikit masam seperti kismis, isi kurma Ajwa sangat lembut apabila dikunyah.

Namun apakah keistimewaan Ajwa berbanding kurma yang lain?

1. Menghindari daripada sihir dan sebarang racun

Dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut,” [Riwayat al-Bukhari (5445) dan Muslim (20547)]

Hal ini kerana kurma Ajwa memiliki kandungan protein, asid folid, zat besi, kalsium, dan antioksida yang cukup tinggi.

2. Meningkatkan kesuburan dan membantu ibu mengandung serta menyusu

Dengan kandungan nutrisi dan mineral, kurma Ajwa terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan mempercepat pembuahan rahim wanita.

Dalam erti kata lain, Ajwa mampu digunakan untuk perbaiki kesuburan lelaki dan wanita.

Zat oksitosin dalam kurma ini sangat membantu tatkala proses persalinan serta merangsang pengeluaran susu ibu.

3. Melancarkan proses pencernaan

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, kurma Ajwa adalah solusi yang sesuai untuk pencernaan kerana mempunyai serat larut yang tinggi.

Selain itu, pengambilan kurma ini boleh dijadikan makanan untuk diet kerana ianya mampu mengenyangkan perut anda!

4. Meningkatkan daya tubuh badan

Kurma Ajwa ini penuh dengan khasiat vitamin A, B, C, E, hingga K. Ia bagus untuk menjaga kesihatan kerana mampu menjaga sistem imunisasi badan.

Antioksidan yang terdapat di dalam kurma ini mampu melindungi badan daripada penyakit dan virus.

5. Menstabilkan tekanan darah, menjaga kesihatan jantung, dan mencegah diabetes

Manfaat kurma Ajwa mampu menurunkan tekanan darah. Khasiat ini didapati dari kandungan serat dan mineral seperti zat besi dan potasssium.

Selain itu, ia mampu melancarkan sistem peredaran dengan mencegah sakit jantung dan strok.

Bagi mencegah diabetes, kurma Ajwa mempunyai kandungan gula monosakarida. Gula ini tergolong dalam golongan paling sederhana yang tidak dapat dipecahkan.

Serat tambahan dalam kurma ini telah menunjukkan impak positif kepada pesakit diabetes.

Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal, Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker