Netanyahu berdegil tolak pembentukan negara Palestin

Netanyahu berdegil tolak pembentukan negara Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terus berdegil membantah pembentukan sebarang penyelesaian menjurus kepada pembentukan negara Palestin, dengan mendakwa ia tidak menjamin keselamatan Israel.

Dalam ucapan terbaharunya, Netanyahu dengan angkuh berkata, konflik yang sudah berlarutan lebih tiga dekad itu bukanlah mengenai ketiadaan negara Palestin, tetapi berkenaan kewujudan negara Yahudi.



“Mereka yang bercakap hari ini sebenarnya bercakap mengenai penubuhan negara Palestin dengan ditadbir pihak berkuasa Palestin, tetapi suara majoriti rakyat Israel menuntut sebaliknya.

“Selama 30 tahun saya sangat konsisten dan saya katakan secara mudah – konflik ini bukan mengenai ketiadaan negara Palestin, tetapi kewujudan negara Yahudi,” katanya.

Ucapannya itu dituju khas kepada sekutu rapatnya Amerika Syarikat (AS), yang kini berbelah bahagi dalam memberikan sokongannya.

Ini kerana Netanyahu dan majoriti kerajaan gabungan sayap kanan menolak penubuhan negara Palestin, walaupun Washington berpendapat penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk keamanan berkekalan di Asia Barat.



Rundingan yang diusahakan oleh AS mengenai sebuah negara Palestin di wilayah yang kini diduduki oleh Israel menemui jalan buntu hampir sedekad lalu.

Dalam pada itu, Israel mendakwa sudah memusnahkan kira-kira dua per tiga daripada rejimen kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Netanyahu berkata demikian pada Khamis sambil berikrar untuk meneruskan perang sehingga mencapai kemenangan sepenuhnya.

Katanya terdapat dua peringkat untuk pertempuran, pertama memusnahkan rejimen pejuang Hamas dan kedua adalah pembersihan wilayah menerusi operasi ketenteraan.



“Terdapat dua peringkat untuk pertempuran, yang pertama ialah memusnahkan rejimen Hamas. Sehingga kini 16 atau 17 daripada 24 rejimen Hamas musnah.

“Selepas itu ada (peringkat) membersihkan wilayah itu. Tindakan pertama biasanya lebih pendek, yang kedua biasanya mengambil masa lebih lama dan kami menangani kedua-dua perkara pada masa yang sama,” katanya.

Netanyahu turut berjanji pertempuran akan berterusan sehingga Hamas ditewaskan dan semua tebusan di Gaza dibebaskan.

Beliau juga berkata, meskipun peperangan akan berlangsung berbulan lamanya, Israel komited untuk mencapai kemenangan. BH



Netanyahu berdegil tolak pembentukan negara Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan



Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk



Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker