Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
Kelewatan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini hanya akan mengecewakan rakyat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat amat menanti kewujudan undang-undang itu dilaksanakan segera kerana mandat rakyat yang memilih pemimpin ketika pilihan raya hilang apabila berlakunya lompat parti.
“Dilaporkan dalam media bahawa kerajaan tidak akan meneruskan rancangan untuk membentang dan meluluskan RUU pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada lompat parti.
“Dikatakan juga Kabinet hari ini memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan ‘Antilompat’ di masa akan datang.
“Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” katanya di Facebook malam ini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas.
Malah, katanya, ada juga dalam kalangan BN ketika itu bernada musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.
“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PH (Pakatan Harapan) perlu dinilai semula kerana dinilai kurang tegas dalam usaha untuk mempercepatkan, membentang dan meluluskan undang-undang ini.
“Sudah pasti ini juga satu tamparan hebat terhadap PH yang membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya bimbang tidak mampu dan tidak bersedia berdepan PRU (Pilihan Raya Umum) jika Parlimen dibubarkan,” katanya.
Justeru, beliau berkata, sudah tiba masa untuk UMNO dalam kerajaan lebih tegas menangani isu berkenaan sebelum menambahkan lagi kemarahan pihak yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan. BH
Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
Baca Artikel Menarik:
- Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!
- Emma Maembong dera suami?
- Analogi Nabi dan bau kasturi
- Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
- Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh
- Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]
- Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’
- Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka
- Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang
- Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
- “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir
- Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman
You must be logged in to post a comment.