Anak maut, ibu parah motosikal bertembung kereta

Anak maut, ibu parah motosikal bertembung kereta

SITIAWAN: Seorang pelajar lelaki maut, manakala ibunya parah selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Batu 10 Lekir, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kemalangan jam 1.54 tengah hari, mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah manakala ibunya berusia 43 tahun yang menunggang motosikal cedera di kepala, kaki dan tangan dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kemalangan itu membabitkan motosikal Modenas Kriss yang ditungang dua beranak itu dengan kereta Toyota Vios.

Beliau berkata, wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak lelakinya dari sekolah.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Toyota Vios dari Sitiawan menghala ke Teluk Intan. Tiba-tiba penunggang motosikal berkenaan yang berada di bahagian kiri jalan di hadapan kereta berkenaan tiba-tiba melintas ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Kampung Teluk Bidan.

“Disebabkan jarak yang dekat pemandu kereta tidak sempat menekan brek lalu terlanggar motosikal itu menyebabkan pembonceng motosikal terjatuh di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Nor Omar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal yang juga ibunya cedera parah.

Katanya, pemandu kereta iaitu lelaki berusia 51 tahun tidak cedera.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Anak maut, ibu parah motosikal bertembung kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker