Thailand sahkan penularan COVID-19 varian Omicron terbaru XE

Thailand sahkan penularan COVID-19 varian Omicron terbaru XE

Thailand melaporkan kes pertama Omicron XE, gabungan dua versi bagi varian Omicron terdahulu, sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai subvarian itu.

Penemuan XE, gabungan mutan dari varian BA.1 dan BA.2, sudah dilaporkan oleh Pusat Genomik Perubatan, Hospital Ramathibodi.



Dalam catatan di laman Facebooknya, pusat itu memaklumkan rekombinan XE ditemui melalui penjujukan genomik sampel calitan yang diambil daripada pesakit.

Katanya, rekombinan XE itu bukanlah varian Deltacron, sebaliknya adalah sesuatu yang baru.

WHO memberi amaran hari ini bahawa XE boleh menjadi strain paling mudah menular bagi COVID-19 baharu biarpun tahap betapa serius kesannya masih disiasat.

Memetik maklumat daripada WHO, pusat itu berkata satu lagi varian baharu, Deltacron, hibrid daripada strain Delta dan Omicron, tidak merebak dengan cepat atau menyebabkan gejala teruk berikutan penemuan kes lain yang tidak disahkan melalui Genotaip Massarray.



Omicron XE pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) pada 19 Januari lalu dan lebih daripada 600 jujukan sudah dilaporkan, sebelum penemuannya disahkan.

Memetik laporan Agensi Perkhidmatan Kesihatan UK (UKHSA), pusat itu menjelaskan Omicron XE adalah 10 peratus lebih mudah menukar daripada BA.2 dan 43 peratus lebih mudah menukar daripada Omicron asal (B.1.1.529).

Pusat itu menjelaskan, masih perlu penilaian lanjut bagi menentukan sama ada Omicron XE akan dominan. BH

Thailand sahkan penularan COVID-19 varian Omicron terbaru XE




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York



Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker