Varian XE muncul di Thailand
BANGKOK – Thailand merekodkan kes pertama varian baharu Omicron yang dinamakan XE, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
XE merupakan hibrid bagi varian Omicron BA.1 dan BA.2.
Sabtu lalu, Pusat Perubatan Genomik Hospital Ramathibodi mengesahkan kes pertama varian XE.
Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai varian XE dan memberi amaran varian itu berkemungkinan lebih mudah berjangkit daripada Omicron asal, meskipun tahap jangkitannya masih dalam kajian.
Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau tiga mutasi gabungan Omicron iaitu XD, XE dan XF. Setakat minggu lepas, hanya varian XE dikesan di Britain dengan 637 kes yang disahkan.
Setakat ini, terdapat enam mutasi gabungan Omicron bagi BA.1 dan BA.2 iaitu XE, XG, XH, XJ, XK dan XL yang masih dikaji di seluruh dunia.
UKHSA berkata, XE adalah 9.8 peratus lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Omicron terdahulu dan 43 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian Omicron asal (B.1.1.529).
“Setakat ini, kami tidak mempunyai bukti cukup untuk membuat kesimpulan mengenai kebolehjangkitan, tahap keseriusan atau keberkesanan vaksin terhadap varian XE.
“Mutasi gabungan XE adalah bukan varian Deltacron yang dilaporkan beberapa bulan lepas. Deltacron merupakan gabungan varian Delta dan Omicron. Ia tidak merebak terlalu cepat dan menyebabkan gejala teruk,” kata UKHSA.
Jabatan Kesihatan Awam Thailand kelmarin mengumumkan sebanyak 26,840 kes baharu Covid-19 di negara itu selain 97 kematian. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.