Lelaki kahwini tiga kekasih serentak, masing-masing beri mas kahwin RM12,000

 

Suea berkahwin serentak dengan ketiga-tiga teman wanitanya. – Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand dilamar oleh tiga kekasihnya dan berkahwin secara serentak pada minggu lalu dengan setiap seorang daripada mereka memberikan mas kahwin sebanyak 100,000 baht (RM12,592), lapor laman berita Thaiger.

Suea Supareek  yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional, mempunyai sembilan anak bersama ketiga-tiga isterinya.

Isteri pertama Suea, Nutcharin Phankat, 30, menjalinkan hubungan dengan lelaki itu selama 16 tahun iaitu sejak dia berumur 14 tahun. Mereka mempunyai empat orang anak.



Isteri keduanya, Pitchaya Suraseeruangchai,  35,  pula hidup bersama Suea selama sembilan tahun dan pasangan itu juga memiliki empat anak.

Bagi isteri ketiga pula, Kawinthida Kulapatchaiyapoom, 31, dia menyertai keluarga itu tujuh tahun lalu dan melahirkan seorang anak perempuan.

Kesemua mereka tinggal serumah dan saling membantu dalam aktiviti suaminya yang merawat antara 400 hingga 500 pesakit setiap bulan.

Menurut Kawinthida, dia berkenalan dengan suaminya dalam satu pertandingan tatu dan sudah mengetahui bahawa Suea mempunyai dua orang kekasih.



“Dia memberitahu saya bahawa dia seorang doktor (pengamal perubatan tradisional) dan mempunyai anak. Dia seorang yang jujur dan bersikap terbuka dengan kami semua.

“Kekasih keduanya mengajak saya untuk menyertai keluarga besar mereka dan saya bersetuju untuk tinggal bersama di bawah satu bumbung. Kami saling membantu setiap hari dan tidak pernah bergaduh,” katanya.

Tambah Kawinthida, dia dan ‘madu-madunya’ melamar Suea kerana mengikut tradisi brahmin. Dalam tardisi brahmin, wanita perlu melamar lelaki.

“Jadi, kami bertiga sepakat untuk melamar Suea dan menyediakan mas kahwin berjumlah 100,000 baht (RM12,592) setiap seorang,” ujarnya. – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker