SUHAKAM gesa haramkan vape

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan mengharamkan atau melarang penggunaan vape kerana ia berbahaya terutama terhadap kanak-kanak yang berhampiran penghisap rokok elektronik itu.

Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata gesaan itu dibangkitkan kerana bimbang dan kesal dengan kejadian seorang bapa memberikan anaknya berusia dua tahun menghisap vape, baru-baru ini.

“Umum mengetahui fakta menghisap vape mendedahkan individu kepada nikotin, logam berat, formaldehid dan produk sampingan kimia yang disebabkan proses pemanasan serta boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

“Cecair nikotin jika tertumpah dan diserap melalui kulit, boleh menyebabkan keracunan dalam beberapa minit. Nikotin dianggap sebagai bahan beracun di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, polis menahan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang diberikan vape untuk dihisap.

Teresa gesa kerajaan guna ubat tradisi China kekang Covid-19

Video dan gambar lelaki terbabit memberikan kanak-kanak berkenaan vape tular dalam laman sosial sebelum laporan polis dibuat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Noor Aziah berkata, ibu bapa yang menghisap vape perlu diberi kesedaran nikotin di dalam rokok elektronik itu, boleh menyebabkan kematian anak mereka jika terkena bahan kimia itu.

Katanya, perbuatan memberi kanak-kanak menghisap vape adalah satu kesalahan mengikut Akta 366.

“Menggalakkan atau membekalkan kanak-kanak dengan vape, adalah satu pencabulan kepada Seksyen 17 Akta 366, atau boleh juga dianggap sebagai satu bentuk penderaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 364),” katanya.

Umno bukan tiada otak nak desak PRU15 waktu Covid-19 memuncak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker