Ramadan fasa peralihan endemik, Ismail ingatkan jangan leka

Ramadan fasa peralihan endemik, Ismail ingatkan jangan leka

Perdana Menteri çmengingatkan rakyat Malaysia agar tidak leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) walaupun kelonggaran diberikan sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula semalam.

Katanya pematuhan itu termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam yang masih diwajibkan sehingga kini.



“Walaupun kita diberikan kelonggaran, tetapi pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan. Jangan leka dan terus mengamalkan kawalan kendiri,” katanya dalam Ucapan Khas Sempena Ramadan 1443 Hijrah, yang disambut esok.

Ucapan khas itu disiarkan di saluran televisyen tempatan di sini malam ini.

Ismail berkata:“Alhamdulillah kita kini dalam fasa peralihan ke endemik yang membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan normal.”

Sepanjang diuji dengan pandemik Covid-19, beliau berkata umat Islam di negara ini tidak dapat mengimarahkan masjid seperti menganjurkan majlis berbuka puasa dan moreh, manakala solat fardhu dan tarawih berjemaah terikat dengan SOP yang ketat.



“Pada Ramadan tahun ini, umat Islam dapat kembali merapatkan saf untuk menunaikan solat fardhu dan tarawih secara berjemaah, serta menyemarakkan program ihya Ramadan, tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

“Kita percaya ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Ramadan kali ini kerana tidak berpeluang menyambutnya pada Ramadan yang lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Ramadan adalah peluang untuk menginsafi diri, dan mengumpul pahala dengan memperbanyakkan amalan bersedekah.

Beliau berharap bulan mulia ini dapat memperkuatkan aspek kerohanian Keluarga Malaysia dan dalam masa yang sama, umat Islam perlu memelihara hubungan bukan sahaja dengan Maha Pencipta tetapi juga sesama manusia. FMT



Ramadan fasa peralihan endemik, Ismail ingatkan jangan leka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker