56 kematian baharu Covid-19, 14,692 kes

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 30 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 14,692 kes Covid-19 dan termasuk 14,474 penularan tempatan dan 218 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, 11 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,069.

Perak, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu masing-masing 10 kes, diikuti Johor (lapan), Kedah (tujuh), Melaka (tiga); Negeri Sembilan dan Pahang (dua), serta Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 201,232 kes aktif dilaporkan, termasuk 261 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 153 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20,383 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,234,087.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker