Waspada, Macau Scam hantar gambar waran tangkap takutkan mangsa

Waspada, Macau Scam hantar gambar waran tangkap takutkan mangsa

Polis mengesan sindiket penipuan Macau Scam menggunakan taktik baharu menghantar gambar didakwa waran tangkap bagi menakutkan mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, berkata mangsa biasanya akan menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa pegawai polis, mahkamah atau seumpamanya.

“Ia sebahagian modus operandi sindiket untuk memperdayakan dan menipu mangsa. Bagi menyempurnakan waran tangkap, polis tidak akan menghantar gambar dokumen itu kepada individu terbabit.

“Waran itu hanya akan ditunjukkan secara fizikal ketika tangkapan dibuat terhadap individu berkaitan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah mempercayai dakwaan individu tidak dikenali yang mengaitkan mereka dengan kes jenayah.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.”

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan JSJK di talian 03 26101559 atau 03 26101599.
FMT

Waspada, Macau Scam hantar gambar waran tangkap takutkan mangsa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker