Didakwa cabul murid Tahun 5, pemandu van sekolah ditahan

Didakwa cabul murid Tahun 5, pemandu van sekolah ditahan

Polis Seremban menahan seorang pemandu van sekolah hari ini atas dakwaan mencabul seorang murid Tahun 5.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof berkata, polis menahan lelaki berusia 41 tahun itu pada 2 petang tadi, susulan laporan seorang wanita terhadapnya atas dakwaan mencabul anak perempuannya berusia 11 tahun kelmarin.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku (melakukan kesalahan itu),” kata Nanda dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat FMT, kejadian itu didakwa bermula dengan lelaki itu memuji kanak-kanak terbabit cantik dan menyentuh pipinya dalam van, ketika dia menghantarnya pulang dari sekolah di Seremban pada 28 Mac lalu.

Keesokannya, wanita itu mendakwa pemandu van terbabit memujuk anak perempuannya duduk di sebelahnya dalam van dan memujinya istimewa.



Wanita terbabit turut mendakwa lelaki itu meminta anaknya menyimpan nombor telefonnya.

“Kemudian, lelaki itu menggosok tangan anak saya dua kali, duduk dekat dengannya dan menggosok peha kanannya. Anak saya mendedahkan kejadian ini kepada saya sambil menangis kerana trauma dengannya,” menurut laporan itu.

Terdahulu, bapa mangsa mendedahkan kejadian yang berlaku kepada anak perempuannya di Facebook dan memuat naik dua klip beliau bersemuka dengan suspek.
FMT

Didakwa cabul murid Tahun 5, pemandu van sekolah ditahan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)



Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker