Tengku Zafrul, Khairy akan mengadap PAC isu MySejahtera

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung rancangan kerajaan untuk aplikasi MySejahtera.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata isu berkaitan MySejahtera perlu dijelaskan secara telus di depan jawatankuasa itu kerana ia melibatkan pemerolehan kerajaan dan keselamatan data peribadi.

PAC adalah jawatankuasa dwipartisan yang berperanan meneliti kewangan negara. Ia berkuasa memanggil saksi untuk pendengaran dan memberikan maklum balas yang perlu diambil kira oleh agensi kerajaan.

Semua laporan PAC juga perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dapat diakses orang awam, termasuk transkrip prosidingnya.

MySejahtera kembali mengundang perhatian susulan pembentangan laporan PAC berkenaan tindakan susulan kementerian pada 24 Mac lalu.

Laporan itu memperincikan maklum balas tiga kementerian – iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – terhadap laporan jawatankuasa yang sebelumnya, bertajuk perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat.

Dalam laporan 24 Mac, PAC antara lain tidak setuju dengan keputusan kerajaan untuk mengadakan rundingan dengan MYSJ Sdn Bhd dalam perjanjian yang akan membolehkan syarikat itu menyelenggara platform MySejahtera.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan PAC adalah MYSJ Sdn Bhd adalah entiti yang berbeza dengan KPISoft Malaysia Sdn Bhd (kini Entomo Malaysia Sdn Bhd) yang membangunkan aplikasi itu.

Mengkomersialkan MySejahtera

Tindakan perundangan oleh P2 Asset Management Sdn Bhd membayangkan Entomo Malaysia telah menghantar pelan kepada kerajaan berhubung kemungkinan untuk mengkomersialkan aplikasi MySejahtera.

Laporan laman Code Blue juga membayangkan Entomo Malaysia mencadangkan urus niaga yang akan menyebabkan kerajaan mengeluarkan belanja RM138.9 juta setahun, untuk kontrak selama 15 tahun.

Ia membawa kepada kebimbangan penjualan aplikasi itu kepada sektor swasta yang dianggap sejumlah pihak akan membawa risiko ancaman keselamatan negara dan pencabulan maklumat peribadi orang ramai.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini menjelaskan keputusan kerajaan untuk melantika syarikat menguruskan aplikasi itu tidak bermaksud menjualnya dan data tersebut di bawah kawalan kementerian.

Dia juga berkata kerajaan akan membayar jumlah yang jauh lebih rendah berbanding RM300 juta jika rundingan itu dimuktamadkan.

Khairy jiga berkata dia akan memberi penjelasan terperinci berkenaan perkara itu di Dewan Negara esok.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker