Dua beranak didakwa halang ambulans, pandu berbahaya
Dua beranak didakwa halang ambulans, pandu berbahaya
KLANG – Dua beranak yang sebelum ini tular bertindak ala samseng termasuk menghalang laluan ambulans didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka iaitu K. Moganasuntharan, 63, dan anaknya, M. Kartik, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid dan Noorjidah Mohd. Jusan.
Di hadapan Majistret Amirul Asyraf, Moganasuntharan didakwa sebagai penunggang motosikal jenis Modenas manakala anaknya, Kartik yang merupakan pemandu van jenis Toyota Hiace telah memandu secara berbahaya terhadap orang awam.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangktan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000.
Lesen memandu mereka juga boleh diendorskan dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh lima tahun.
Sementara di hadapan Majistret Noorjidah pula, Moganasuntharan didakwa sengaja menghalang perjalanan sebuah ambulans jenis Maxus yang dipandu Muhammad Nur Aqhari Rosli.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan dilakukan dua beranak itu di Jalan Tepi Sungai di sini, pada pukul 2 petang, 24 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur’Ayuni Jamri dan Muhd. Hanis Zulkapli sementara tertuduh diwakili Peguam A. Biranta.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan keseluruhan RM4,000 kepada Moganasuntharan dan RM3,000 untuk Kartik. Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 1 Jun depan.
Kosmo! pada 25 Mac lalu melaporkan tindakan dua lelaki bertindak ala samseng jalanan yang tular menghalang laluan sebuah ambulans menghantar pesakit dialisis membawa padah apabila dicekup pukul 4 petang di sekitar Klang. K Online
Dua beranak didakwa halang ambulans, pandu berbahaya
Baca Artikel Menarik:
- MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
- UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
- Nak kahwin 6 lelaki
- Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
- Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
- Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
- Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
- Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
- Waran tangkap Norjuma gagal diserah
- DBP bidas Syed Saddiq
- Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
- Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.