MB Pahang pandu sendiri kereta bawa keluar pengundi

MB Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail hari ini turun padang bagi memastikan pengundi berdaftar DUN Pelangai menunaikan tanggungjawab mereka padan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi berkenaan.

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Besar Pahang itu dilihat memandu sendiri keretanya dan membawa pengundi ke pusat pengundian.

“Walaupun Tokwan tak mengundi hari ni, tapi Tokwan sama semangat dengan pengundi di DUN Pelangai.



“Ini nak gi ‘ngantor’ pengundi ke pusat pengundian.

“Semoga perjalanan pergi dan balik semua pengundi selamat dan dipermudahkan,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki turut memuat naik gambar Wan Rosdy menghantar pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.



Pada pilihan raya umum lalu Allahyarham Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker