[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

Sebaran :

 

[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

KETIKA jumlah kes Covid-19 berada pada tahap membimbangkan dengan empat digit kes dilaporkan saban hari, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan virus berkenaan.

Namun begitu, masih wujud kelompok yang bersikap pentingkan diri sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.



Begitulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia dan anak-anaknya terpaksa dikuarantin selepas suami didapati positif Covid-19, gara-gara kecuaian pihak lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, Shazwani Shakeri berkata dia dan empat anaknya kini menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat manakala suaminya kini ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di Kota Bharu, Kelantan.

“Alhamdulillah, ujian calitan pertama kami lima beranak negatif. Sekarang sedang menunggu untuk buat ujian calitan kedua pula. Moga-moga negatif juga,” ujar wanita berusia 36 tahun ini.


Bercerita serba ringkas kisah yang dialami keluarganya, Shazwani berkata ia bermula selepas suaminya mengalami demam secara tiba-tiba sebelum keputusan ujian calitan mengesahkannya positif Covid-19.

[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

Gelang pink

“Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat kurier namun dia hanya bekerja di pejabat. Dipendekkan cerita, salah seorang rider didapati positif Covid-19 dan ia berpunca ketika dia menghantar barang ke rumah pelanggan yang sedang memakai gelang pink

“Ceritanya, barang tersebut dihantar menerusi kaedah COD (Cash On Delivery), jadi berkemungkinan ia disebarkan melalui wang kertas.

“Rider tersebut pun tak mengetahui status kesihatan diri, jadi hadir bekerja macam biasa sehinggalah tiba-tiba tak sihat sebelum disahkan positif Covid-19,” katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, Shazwani bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh menjalani kuarantin, dia dan empat anaknya sihat tanpa alami sebarang gejala

“Saya kesian dekat suami sebab selepas dapat keputusan ujian calitan, dia terus ‘ditahan’ untuk dihantar ke pusat kuarantin. Sehelai sepinggang.

“Masa itu kelam kabut juga kami… terpaksa minta bantuan rakan untuk hantarkan pakaian dan keperluan suami di pusat kuarantin.

“Mungkin sebab terkejut juga, saya tak sihat beberapa hari ketika peringkat awal dikuarantin. Masa tu macam-macam nak kena uruskan sebab kita dah tak boleh keluar rumah

“Mujurlah anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh bantu serba sedikit. Alhamdulillah saya sihat kemudiannya. Syukur kerana suami tak teruk, namun dia alami gejala seperti sakit tekak, sakit sendi dan hilang deria bau serta rasa saja,” ceritanya yang merupakan seorang bekas penyampai radio.

@mrs_shaz

Cerita ni pjg sebenarnya. Tp tgk lah kalau ramai yg share, kita sambung lg #covid19 #covid19awareness #tiktokguru

♬ original sound – ethelindfaustine – ethelindfaustine

Tambah Shazwani, dia tidak menyangka perkongsiannya di TikTok mengundang perhatian sehingga meraih lebih 420,000 jumlah tontonan.

[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

Menghulurkan bantuan

Namun lebih terharu, ramai kenalannya di aplikasi berkenaan menghulurkan bantuan dengan menghantarkan bekalan makanan kepada mereka sekeluarga.

“Pada mulanya saya tak cerita pun keadaan diri namun ada beberapa yang tegur sebab perasan keadaan saya macam tak seperti biasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun ‘strangers’.

“Mengenai video tersebut, saya sekadar muat naik untuk menyebar kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan untuk putuskan rantaian.

“Setiap syarikat juga kena lebih cakna dan alert… terus ambil tindakan sewajarnya dengan segera jika terdapat kes positif.

Sekarang ni bukan masanya kita nak tuding jari dah, tapi kena ambil peranan dan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya yang menjalankan bisnes pakaian muslimah ini-mSTAR

[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


COVID-19: Tenggiling terpaksa jalani ujian swab selepas menjadi kontak rapat


Sebaran :

Leave a Reply