Syarikat ditutup 7 hari, denda RM50,000 jika langgar arahan kerja dari rumah masa ‘lockdown’

Sebaran :

Syarikat ditutup 7 hari, denda RM50,000 jika langgar arahan kerja dari rumah masa ‘lockdown’

Syarikat ditutup 7 hari, denda RM50,000 jika langgar arahan kerja dari rumah masa ‘lockdown’

PETALING JAYA: Syarikat swasta akan ditutup serta-merta untuk tempoh tujuh hari dan didenda sehingga RM50,000 jika melanggar arahan bekerja dari rumah (BDR), kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Di bawah peraturan itu, hanya 60% daripada jumlah kakitangan dibenarkan beroperasi di tempat kerja, manakala baki 40% diwajibkan bekerja dari rumah, katanya dalam kenyataan.



“Mana-mana syarikat atau premis yang didapati tidak mematuhi arahan BDR yang terkini serta berlaku pelanggaran SOP akan diarahkan tutup serta-merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000,” katanya.

Saravanan turut memaklumkan pegawai penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah KSM juga diberi kuasa mengkompaun selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa 1 Jun 2021.

“Langkah ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berhubung keperluan 40% pekerja sektor swasta untuk BDR.


“Keputusan ini dibuat berikutan peningkatan ketara jumlah aduan yang diterima melalui aplikasi Working for Workers (WFW) berhubung majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk BDR,” katanya. FMT

Syarikat ditutup 7 hari, denda RM50,000 jika langgar arahan kerja dari rumah masa ‘lockdown’


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Baru dua hari lockdown tapi makin serabut – Netizen


Sebaran :

Leave a Reply