COVID-19: Tenggiling terpaksa jalani ujian swab selepas menjadi kontak rapat

KETIKA dunia dilanda penularan wabak COVID-19, bukan sahaja manusia, malah haiwan turut terpaksa menjalani ujian swab selepas dikesan menjadi kontak rapat seorang pesakit.

Seekor tenggiling di India terpaksa menjalani ujian berkenaan selepas ia ditemui di rumah seorang penyeludup yang dijangkiti virus itu.

Rakaman video menunjukkan beberapa pegawai kesihatan mengambil sampel daripada hidung haiwan seberat 8 kilogram ini.



Pegawai Perhutanan Daerah turut mengarahkan supaya haiwan berkenaan menjalani proses kuarantin sebelum dibebaskan.

Tenggiling tersebut ditemui selepas serbuan dilakukan ke atas rumah individu yang didakwa seorang penyeludup itu di daerah Mayurbhanj, Odisha.

Tenggiling diburu untuk makanan eksotik dan kepercayaan mamalia bersisik itu mengandungi khasiat dalam perubatan tradisional.

Menurut Tabung Perlindungan Haiwan Liar (WWF), tenggiling merupakan haiwan yang paling banyak diperdagangkan di Asia, meskipun dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.

Russia daftar vaksin COVID-19 pertama di dunia untuk haiwan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker