Russia daftar vaksin COVID-19 pertama di dunia untuk haiwan

Carnivak-Cov terbukti berkesan selepas diuji kepada beberapa haiwan

Rusia hari ini mengumumkan pendaftaran vaksin coronavirus pertama di dunia untuk haiwan, yang digambarkan sebagai langkah penting bagi menghalang perkembangan mutasi virus itu.

Pengeluaran vaksin secara besar-besaran akan bermula April ini.

Agensi pegawai pertanian Rosselkhoznadzor dalam satu kenyataan berkata, vaksin yang dipanggil Carnivak-Cov itu telah diuji bermula Oktober lalu kepada anjing, kucing, cerpelai, rubah serta beberapa haiwan lain dan terbukti berkesan.

“Semua haiwan uji kaji yang diberi vaksin mengembangkan antibodi terhadap coronavirus dalam 100 peratus kes.



“Ia adalah pertama di dunia dan satu-satunya produk bagi mencegah COVID-19 untuk haiwan,” kata Timbalan Ketua Rosselkhoznadzor, Konstantin Savenkov.

Rosselkhoznadzor berkata, perkembangan vaksin itu akan membantu mencegah mutasi pada haiwan dengan memetik keputusan Denmark untuk membunuh 15 juta cerpelai tahun lalu selepas haiwan itu didapati membawa varian virus yang bermutasi.

“Penggunaan vaksin tersebut – menurut saintis Rusia – dapat mencegah perkembangan mutasi virus,” katanya.

Katanya lagi, penyedia kemudahan pembiakan haiwan dan syarikat swasta dari negara-negara termasuk Greece, Poland, Austria, Amerika Syarikat, Kanada serta Singapura telah menyatakan minat terhadap Carnivak-Cov.



Pegawai tentera di bandar kedua Rusia, Saint Petersburg pada awal minggu ini mengumumkan bahawa anjing tentera akan akan menjalani vaksinasi wajib sebelum dikerahkan ke lapangan terbang dan mengambil bahagian dalam acara memperingati Perang Dunia II di seluruh negara itu pada Mei. – Agensi

Calar imej parti jika letak jawatan sekarang, kata Reezal Merican



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker