Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid

 

Polis selesai mengambil keterangan daripada 16 individu berhubung dakwaan murid dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata 16 individu itu melibatkan 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai menganjurkan kem itu serta tiga wakil pihak sekolah.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa lepas untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Rumah Juara di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid mendakwa anak mereka dikasari penganjur kem tersebut dan disyaki melakukan tindakan fizikal kepada murid seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, selain dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual.

Sebuah portal berita pula melaporkan kira-kira 60 murid Tahun Lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah NGO itu, pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi tersebut.

Peserta kem itu turut mendakwa fasilitator berkenaan turut melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker