Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas
Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mencadangkan kerajaan negeri memberi potongan bil air sebanyak 50 peratus kepada pengguna yang mengalami masalah air di Kelantan.
Beliau berkata, potongan itu bagi meredakan kemarahan rakyat negeri ini yang terkesan dengan masalah air yang melanda sejak beberapa tahun yang lalu.
Katanya, seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang terdapat 3,000 keluarga termasuk 1,500 di Bandar Utama yang terkesan dengan masalah air sejak lebih setahun yang lalu.
“Masalah air di Bandar Utama Gua Musang (BUGM) kerana disebabkan kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Chupak. Saya ingat masalah air ini melanda penduduk di kawasan Dun Galas sahaja, namun daerah lain juga mempunyai masalah sama.
“Masalah air ini menjadi barah kepada kerajaan Kelantan dan bagi meredakan kemarahan rakyat, saya cadang kerajaan memberi diskaun bil air sebanyak 50 peratus.
“Tidak sepatutnya kerajaan negeri menerima musibah daripada kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekalkan air kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 Penggal Kelima, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Syahbuddin mencadangkan potongan bil air sebanyak 50 peratus kepada rakyat yang mengalami masalah air menerusi perbahasan Titah Diraja di Persidangan DUN Kelantan Ke-14 Penggal Kelima, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Syahbuddin berharap potongan itu dapat dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.
“Masalah air yang dialami oleh pengguna menunjukkan kegagalan pihak AKSB dan isu ini tidak diselesaikan dengan baik.
“Potongan bil air itu juga sebagai tanda keadilan dan juga sebuah negeri yang berkebajikan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Syahbuddin berkata, peratusan suntikan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak Orang Asli berusia antara lima hingga 11 tahun juga masih rendah.
“Ibu bapa atau penjaga masih takut dengan kesan vaksin yang akan diterima oleh kanak-kanak dan mereka sanggup menunggu anak-anak Tok Batin serta penghulu yang terlebih dahulu menerima suntikan.
“Jika tiada kesan terhadap anak-anak Tok Batin dan penghulu, mereka akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan,” katanya. BH
Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas
Baca Artikel Menarik:
- Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja
- Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)
- Hamzah patut tanya AbahKau kenapa ponteng parlimen
- Tak tolak Zul Ariffin
- Rayuan banduan akhir rakyat Malaysia ditolak Mahkamah Singapura
- Harga minyak global jatuh selepas Shanghai ditutup
- ‘Saya Melampaui Batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]
- Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung
- Pertemuan Bung-Musa cetus perbualan di Sabah
- Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat
- Askar Rusia didakwa serah kereta kebal demi wang tunai, kewarganegaraan Ukraine
- Najib saman Chegubard
Layari Laman Facebook MYKMU.NET