Mahathir puji IJN, sangka akan mati tetapi keajaiban berlaku

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kejayaan pasukan perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan memberi rawatan terbaik perlu dibanggakan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kejayaan itu patut dibanggakan kerana rakyat Malaysia tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapat rawatan kerana negara ini sudah mempunyai pakar perubatan yang boleh merawat penyakit serius seperti dialaminya sebelum ini.



Beliau percaya hayatnya sudah tiba ketika menerima rawatan di IJN pada Januari lalu namun dengan usaha diberikan pasukan perubatan, akhirnya mereka memulihkan kesihatannya.

“Bagi saya ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup. Saya menjangka akan mati kerana saya sudah tua dan saya juga menghidap penyakit yang serius yang memberi kesan. Mula-mula jantung saya, apabila jantung lemah ia memberi kesan kepada paru-paru dan apabila paru-paru lemah ia memberi kesan kepada buah pinggang dan seterusnya.

“Tetapi entah bagaimana atau lebih tepat doktor memulihkan saya dan akhirnya saya dibenarkan keluar dan agak sihat. Bukan seratus peratus tetapi cukup untuk saya meneruskan kerja yang perlu saya lakukan,” katanya dalam satu video Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu kemudian mengimbau dengan pengalaman beliau sewaktu ingin menjadi pegawai perubatan.



“Seperti yang anda tahu saya juga dilatih sebagai doktor dan semasa saya bermula pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pada ketika itu terdapat ‘slot khas’ untuk doktor Malaysia terutama doktor Melayu, doktor-doktor di hospital pada masa itu dikenali sebagai pembantu pegawai perubatan. Tidak ada orang Asia boleh menjadi pegawai perubatan Kerana tiada kepercayaan terhadap doktor Malaysia.

“Saya amat percaya bahawa kita boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Semasa saya (sebagai Perdana Menteri) saya pernah bercakap bahawa Malaysia kita boleh, kita cekap,” katanya.

Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, Dr. Mahathir merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pakar perubatan IJN dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan sepanjang rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lalu.

Antaranya Ketua Pegawai Eksekutif IJN merangkap Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Datuk Dr Aizai Azan Abd Rahim; Pakar Perunding Kanan Anestesiologi, Datuk Dr Mohamed Hassan Haji Mohamed Ariff dan tidak dilupakan Imam Surau IJN, Norazri Baharudin dan dua bilal Surau IJN, Ab Mubin Ibrahim dan Suhaimi Mat Lazim.



Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari. –

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022



Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker