Respon positif dari PN untuk kerjasama – Mukhriz

#PRU15

Respon positif dari PN untuk kerjasama – Mukhriz

Gerakan Tanah Air melihat “sedikit respons positif” daripada Perikatan Nasional berhubung kerjasama politik menghadapi PRU15, kata timbalan pengerusi penaja GTA, Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata pihaknya “sudah mengadakan perbincangan” dengan gabungan politik tertentu, untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan atau tidak.



Katanya, antara bentuk kerjasama yang diinginkan GTA adalah pakatan untuk mengelak pertindihan calon di sesuatu kerusi.

“Kita tidak kisah sangat dengan mana satu (PN atau Pakatan Harapan), tapi setakat ini saya ingat adalah sedikit respons positif daripada PN,” katanya, menurut laporan Bernama.

GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), and Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sementara itu, Mukhriz berkata GTA mempunyai jentera mencukupi untuk menghaadapi PRU15, walaupun tidak sebesar gabungan lain.



GTA juga mensasarkan 10 kerusi Parlimen luar bandar di Kedah, yang kebanyakan kawasan kuat Umno dan PAS. FMT

Respon positif dari PN untuk kerjasama – Mukhriz


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker