Britain diramal lebih sejuk daripada Iceland

Britain diramal lebih sejuk daripada Iceland

LONDON – Britain diramal mengalami suhu lebih sejuk daripada Iceland ekoran fenomena cuaca dikenali sebagai ‘serangan Artik’ yang dijangka membawa salji ke kawasan seluas 1,600 kilometer, lapor akhbar Daily Star.

Udara sejuk melanda Britain hari ini dengan Pejabat Meteorologi meramalkan salji turun di bahagian utara negara itu bermula Rabu dan bahagian selatan pada Khamis ini.

Suhu waktu malam diramal mencecah -4 darjah Celsius dengan kawasan di selatan Britain turut dilanda kesejukan di bawah suhu sifar, manakala fros dijangka berlaku di banyak kawasan.

“Cuaca panas akan menghangatkan hari Isnin (hari ini). Namun, hujan lebih lama akan menyusuli di banyak kawasan bermula Selasa, kemudian menjadi lebih sejuk dengan hujan turun di bahagian utara.

“Bermula Khamis ini, hujan seperti yang berlaku pada musim sejuk diramal melanda dengan lebih kerap di bahagian utara Britain. Bagi kawasan selatan pula, kami meramalkan hujan dan salji di kawasan berbukit.

“Suhu musim sejuk dijangka berterusan ketika Waktu Musim Panas Britain bermula,” kata agensi ramalan cuaca tersebut.

Tambah Pejabat Meteorologi, meskipun penggemar musim panas akan berasa kecewa kerana cuaca panas berakhir, udara sejuk akan menghentikan gelombang haba yang buat masa ini menyumbang kepada pencemaran di Britain.

Kadar pencemaran udara yang tinggi direkodkan dari Kent hingga ke Sunderland serta Leeds selain beberapa bahagian di tenggara Britain dengan kadar amat tinggi terutamanya di Norfolk dan Essex.

Justeru, kerajaan Britain menggesa penduduk supaya mengurangkan aktiviti fizikal terutamanya apabila berada di kawasan terbuka dan sekiranya mereka mempunyai gejala. K Online

Britain diramal lebih sejuk daripada Iceland


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker