Fuziah akan tanding jawatan naib presiden PKR



Fuziah akan tanding jawatan naib presiden PKR

Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh akan bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pencalonannya diumumkan dalam catatan Setiausaha Wanita PKR, Nor Azrina Surip yang berkata, sayap itu berharap sekurang-kurangnya tujuh wanita akan dilantik ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Katanya, keahlian wanita melebihi 40% daripada 1.2 juta ahli PKR dan sayap itu merasakan sudah tiba masanya parti menterjemahkan jumlah perwakilan wanita dalam barisan MPP.

“Kita berbangga apabila pengisian jawatan penting dalam parti, termasuk pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat dan pengarah Jawatankuasa Pemilihan Parti diterajui dua pimpinan wanita yang keupayaan dan kebolehan mereka tidak disangsikan.”




Sabtu lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan naib presiden itu.

“Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk bertanding dalam pemilihan parti. (Namun saya) sedang mempertimbangkan sama ada bertanding untuk jawatan itu,” katanya sambil menambah beberapa ahli PKR mencadangkan beliau bertanding jawatan itu. FMT

Fuziah akan tanding jawatan naib presiden PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Leave a Reply

Your email address will not be published.