Nenek termuda di Britain berumur 30 tahun

KELLY Healey (kanan) mendakwa menjadi nenek termuda di Britain setelah anak perempuannya, Skye Salter (kiri) melahirkan Bailey (tengah) pada usia 14 tahun. – David Dyson

LONDON – Seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan menjadi nenek termuda di Britain selepas anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki pada usia 14 tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ibu kepada lima anak, Kelly Healey menjadi nenek termuda berusia hanya 30 tahun apabila anak perempuannya, Skye Salter melahirkan seorang bayi lelaki, Bailey pada Ogos 2018.

Keluarga itu bagaimanapun dikritik pengguna media sosial dengan Kelly diselar kerana didakwa tidak mendidik Skye mengenai pengetahuan pencegahan kehamilan.

Kelly yang berasal dari bandar Feltham, England memberitahu akhbar Mirror bahawa dia telah cuba memaklumkan kepada anaknya mengenai perkara tersebut tetapi Skye tidak aktif secara seksual ketika itu.

Skye bahkan tidak mengetahui kehamilannya sehingga kandungannya berusia lebih lapan bulan.

Ibu muda itu terkejut dengan kehamilannya.

“Saya tahu ia akan berlaku tetapi orang luar tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya tidak fikir tentang apa yang mereka katakan, mereka tidak mengenali saya.

“Saya bangga dengan diri saya dan ibu saya. Mereka bukannya orang yang membesarkan saya,’’ kata Skye yang kini berusia 18 tahun. – Agensi

Nenek paling muda di Britain berumur 30 tahun

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker