Taliban larang wanita tanpa mahram lelaki menaiki penerbangan



WANITA Afghanistan mengambil bahagian dalam protes di hadapan bangunan Kementerian Pendidikan di Kabul kelmarin. – AFP

KABUL, Afghanistan – Berpuluh-puluh wanita dilarang oleh pemerintah Taliban daripada menaiki pesawat kerana tidak melakukan perjalanan bersama penjaga lelaki, lapor akhbar New York Post semalam.

Antara mereka termasuk dua wanita yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul kelmarin yang mempunyai dua kewarganegaraan termasuk dari Kanada, demikian menurut dua pegawai syarikat penerbangan Afghanistan.

Mereka dihalang daripada menaiki pesawat ke Islamabad, Dubai dan Turki menggunakan dua penerbangan milik pemerintah iaitu Kam Air dan Ariana Airline.

Bulan lalu, Taliban melarang wanita Afghanistan melakukan perjalanan melebihi 77.25 kilometer tanpa penjaga lelaki.

Keperluan penjaga lelaki atau mahram termasuk menemani mereka untuk tugas asas seperti memasuki bangunan kerajaan, berjumpa doktor atau menaiki teksi, demikian menurut akhbar Wall Street Journal.




Kelmarin beberapa wanita yang melakukan perjalanan bersendirian diberi kebenaran untuk menaiki pesawat Ariana Airlines ke wilayah Herat. Bagaimanapun, pada masa kebenaran diberikan, mereka telah terlepas penerbangan tersebut.

Sekatan ke atas wanita di Afghanistan itu berlaku hanya beberapa hari selepas pemerintah Taliban memungkiri janji untuk membenarkan gadis kembali ke sekolah selepas darjah enam.

Keengganan Taliban untuk membuka pendidikan kepada semua kanak-kanak Afghanistan m

Taliban larang wanita tanpa mahram lelaki menaiki penerbangan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Leave a Reply

Your email address will not be published.