SPM 2021 sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei

SPM 2021 sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei

Peperiksaan bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 akibat Covid-19 atau terkesan bencana banjir akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei.

Lembaga Peperiksaan (LP) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan subjek yang terlibat adalah Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

“Calon tersebut adalah yang disahkan positif Covid-19, perlu menjalani kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Termasuk calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan pengarah peperiksaan,” menurut kenyataan.

Dalam pada itu, LP turut mengingatkan semua calon yang terlibat agar menyemak, mengesahkan, dan mencetak Penyata Pendaftaran Peperiksaan masing-masing mulai 1 April.

Maklumat dan jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua boleh didapati di http://lp.moe.gov.my. FMT

SPM 2021 sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker