Najib masih menunggu magic dari Raja Formula untuk selamatkan Sapura

Oleh sebab raja formula songsang sangat lambat beri respon, dia pun tuduh ini dan itu.

Kononnya bukan saya yang buat posting berhubung fakta-fakta kemelut dan cadangan bagaimana nak pulihkan Sapura.

Lalu dia beri alasan bahawa dia lambat sebab perlu baca beribu-ribu muka surat laporan berkenaan Sapura sebelum beri respon.

Jikapun, dia nak baca berjuta-juta muka surat untuk cari salah pun tidak akan menyelesaikan masalah Sapura ketika ini, iaitu:

– Syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar Malaysia dan asia berdepan risiko muflis;
– PNB sedang rugi RM4b hingga RM5b;
– Lebih sepuluh ribu pekerja Sapura dan vendor-vendornya bakal dibuang kerja
– beribu-ribu syarikat PKS vendor-vendor Sapura terjejas dan tidak menerima bayaran sejak setahun lalu.
– ekosistem O&G negara yang telah dibina sejak 1974 berdepan risiko runtuh dan kita juga akan kehilangan ramai bakat dan kemahiran dan mungkin kita juga terpaksa bergantung kepada kepakaran luar seperti diulas Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia
– bank-bank tempatan yang dimilik tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP dan PNB akan terdedah kepada risiko kerugian pinjaman RM10 bilion Sapura.

Kaedah Rafizi ini adalah contoh masalah pemikiran dan pendekatan geng PH dan antara sebab mereka tidak boleh diberi peluang lagi untuk memerintah sesebuah negara dan menjaga ekonomi.

Mereka lebih cenderung untuk cari salah dan bukan untuk menyelesaikan masalah demi menjaga kepentingan Rakyat dan ekonomi.

Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara.

Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura.

Malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke sebelum ini.

Saya nak selesaikan masalah tapi Rafizi pula cuma nak cari salah – biarpun Sapura bukan syarikat majoriti milik GLC sebelum tahun 2019.

Kami positif mindset, mereka terlampau negatif.

Sekiranya dia berjaya cari salah pun, adakah dia akan tegur kerajaan PH dahulu?

Kononnya dia tak tahu pula bahawa pelaburan tambahan RM2.7 bilion dalam Sapura yang menyebabkan PNB menjadi pemegang saham terbesar dengan kepentingan 40% dibuat pada tahun 2019 masa PH manakala aliran tunai Sapura mula terjejas bermula tahun itu juga.

Prioriti sepatutnya untuk selamatkan ribuan syarikat PKS, pekerja-pekerja, pelaburan PNB/ASB, ekosistem minyak dan gas kita serta menjayakan potensi untuk membina semula kekayaan dengan memulihkan syarikat itu.
Bukan sekadar nak cari salah sahaja.

Nak cari salah pun, korang boleh siasat pengurusan lama syarikat yang melibatkan anak Tun Mahathir serta towkay zaman PM4 itu dengan sepenuh-penuhnya dan sepuas-puasnya SETELAH masalah dan kemelut diselesaikan.

FB: Najib Razak

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker