Zarina, Khazrul berbaik pula

Zarina, Khazrul berbaik pula

Kuala Lumpur: Persengketaan antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, akhirnya menemui titik noktah selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka semalam.

Zarina berharap ‘perang’ yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.



“Terima kasih Khazrul untuk permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini,” katanya menerusi TikTok.

Khazrul turut berkongsi tangkap skrip hantaran Zarina itu menerusi TikTok.

Permohonan maaf itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah.

Ia susulan bekas tunangnya itu mendakwa memiliki gambar bogel Zarina selain memetik kembali kes dadah membabitkan pelakon itu.



Zarina turut menyatakan dia terbuka hati untuk berbaik dengan Khazrul, namun menegaskan ibu bapanya tidak patut terseret sekali dalam konflik mengaibkan itu.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Zarina turut berterima kasih atas kunjungan keluarga Khazrul ke rumahnya.

Katanya dia akan sentiasa menyayangi serta menghormati hubungan kekeluargaan yang sudah dibina. HM

Zarina, Khazrul berbaik pula



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker