Indonesia benarkan solat tarawih berjemaah

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan dua aktiviti yang kembali dibenarkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal akan datang, lapor akhbar Kompas, semalam.

Dua aktiviti tersebut adalah pelaksanaan solat tarawih berjemaah di masjid dan kebenaran untuk pulang beraya di kampung atau mudik lebaran.

Namun begitu, Jokowi menegaskan aktivit berbuka puasa beramai-ramai dan penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi badan pemerintah masih tidak dibenarkan.

“Rakyat boleh menunaikan ibadah tarawih di masjid seperti biasa sepanjang Ramadan kali ini.  Bagi mudik lebaran, anda perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan termasuk menerima dos penggalak.

“Acara berbuka puasa dan rumah terbuka Syawal bagi mana-mana badan pemerintah adalah masih tidak dibenarkan,” tegas Jokowi.

Tambah Jokowi, beliau berharap masyarakat terus mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan agar situasi pandemik yang semakin pulih dapat dikekalkan. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker