Tak rasa sakit pun
Tak rasa sakit pun
Selepas dua minggu dimuat naik di YouTube, video 30 saat menampilkan karakter kartun kegemaran kanak-kanak, Upin dan Ipin berkunjung ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), meraih hampir 900,000 tontonan.
Mencuri tumpuan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil sebagai karikatur dalam video animasi terbabit bersama Upin dan Ipin bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa menghantar anak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Diperkenalkan lebih sedekad lalu dan sudah menawan hampir seluruh dunia, karakter si kembar Upin dan Ipin memiliki pengaruh tersendiri.
Tidak hairanlah watak kartun ini sering menjadi pilihan penganjur mana-mana acara atau kempen termasuk atas inisiatif kerajaan, sebagai platform hebahan atau duta projek.
Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, syarikat sangat berbesar hati dipilih Khairy memikul tanggungjawab sebagai Duta PICKids.
“Seperti kita tahu, Upin dan Ipin sangat berpengaruh dalam kalangan kanak-kanak. Jika Upin dan Ipin menunjukkan mereka tidak sakit ketika menerima suntikan vaksin COVID-19, kanak-kanak ramai berani melakukannya.
“Disebabkan itu, kami terima pelawaan Kementerian Kesihatan. Lagipun, kami sokong program kerajaan. Jadi, kami sangat berbesar hati menghasilkan iklan untuk PICKids.
“Kami anggap ini suatu penghargaan buat kami di Les’ Copaque. Kami lakukan iklan promosi ini secara percuma sebagai tanda sokongan kepada PICKids,” katanya kepada BH Online.
Melalui video promosi itu yang dimuat naik di YouTube awal bulan ini, Khairy yang terkenal dengan jolokan ‘tall, dark dan handsome’ tampil sebagai karikatur mengucapkan syabas kepada kembar itu kerana tampil menerima suntikan vaksinasi.
“Syabas. Lindungi diri, lindungi kanak-kanak, lindungi semua,” kata Khairy bersemangat.
Ucapan Khairy itu disambut ‘betul, betul, betul’ yang menjadi slogan sinonim dengan animasi Upin & Ipin.
Berkongsi pengalaman menghasilkan karikatur Khairy dalam projek istimewa itu, Burhanuddin berkata, Khairy datang ke studio Les’ Copaque untuk membantu menyudahkan projek itu.
“Khairy datang sendiri ke studio untuk merakamkan suaranya. Jika beliau tidak hadir, kami tidak boleh menjayakan program ini.
“Alhamdulillah, proses menghasilkan iklan lancar. Kita boleh tengok watak kartun Khairy tidak ubah seperti dirinya,” katanya.
Burhanuddin berharap video promosi PICKids itu menarik perhatian ramai kanak-kanak untuk mendapatkan suntikan imunisasi COVID-19.
“Kanak-kanak terdedah dengan jangkitan. Jadi, tolong lindungi mereka sebelum terlambat. Bawalah anak anda mengambil suntikan vaksinasi COVID-19 di bawah PICKids,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Burhanuddin berkata, syarikat bakal tampil dengan dua filem animasi baharu iaitu Dongeng Sang Kancil dan Puteri Kasturi.
Bagaimanapun, tambahnya, syarikat belum membuat keputusan tarikh pelancaran kedua-dua filem animasi berkenaan.
“Kami sudah lama merancang menerbitkan filem berkenaan Sang Kancil di mana kisah dongeng yang ramai tidak mahu buat. Jadi, kami mahu hidupkan watak ini semula.
“Kami mahu kanak-kanak tahu Sang Kancil adalah penglipur lara. Namun, kami hasilkan versi sendiri. Hendak cakap bila ia ditayangkan, kami tidak tahu kerana skrip masih belum siap,” katanya.
Burhanuddin berkata, buat masa ini, syarikat sibuk menghasilkan kandungan untuk Ramadan dan Syawal.
“Kami tumpukan kerja animasi untuk bulan puasa dan Aidilfitri dahulu, baru fokus dengan filem,” katanya.
‘Teaser’ atau sedutan filem Dongeng Sang Kancil sudah dipertontonkan pada 9 Mac lalu manakala klip Puteri Kasturi, dilancarkan empat hari lalu.
Burhanuddin berkata, perkongsian ‘teaser’ itu bertujuan membuat kaji selidik bagi menambah mutu terhadap karya animasi yang dihasilkan Les’ Copaque. BH
Tak rasa sakit pun
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.