Bersatu punca politik kucar kacir – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata Bersatu adalah punca kepada rakyat diheret ke kancah politik yang kucar kacir, hari ini.

Sambil membidas parti serpihan Umno itu dan kepimpinannya, dia berkata kegagalan Bersatu untuk menjaga kesetiaan wakil rakyatnya seharusnya tidak mengheret seluruh negara ke kancah huru hara.

“Dua ahli parlimen Bersatu mengkhianati Bersatu kenapa perlu negara menangung akibatnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mengulas kenyataan Perikatan Nasional (PN) hari ini yang melahirkan rasa kecewa secara terbuka mereka terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Razlan berkata permintaan Bersatu untuk melantik timbalan perdana menteri, menteri baru, timbalan menteri baru tidak bertepatan pada waktu ini.

Katanya, rakyat akan mencaci setiap tindakan kerajaan yang membazir duit rakyat untuk kepentingan individu tertentu dalam Bersatu.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dalam kenyataannya mendakwa gabungan berkenaan melihat Ismail Sabri tidak bersungguh untuk memenuhi persefahaman yang dicapai sebelum ini.

Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar wakil bagi menemui perdana menteri.



Mengulas lanjut, Razlan berkata PN, khususnya Bersatu tidak seharusnya menikam Umno dari belakang.

“Muhyddin juga didalam mesyuarat PN sebelum ini dikatakan telah mencadangkan PN menarik sokongan kepada perdana menteri namun dibantah oleh komponen PN yang lain, bukankah ini sudah jelas mahu menikam belakang perdana menteri.

“Bersatu adalah punca kepada rakyat diheret ke kancah politik yang kucar kacir.

“Masanya sudah hampir,” katanya yang jelas merujuk kepada pembubaran Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan.



Semalam, Ismail Sabri memberi bayangan agak jelas bahawa masih ada banyak isu perundangan yang perlu diselesaikannya sebelum mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibubarkan.

Kenyataan itu dibuatnya ketika tempoh berkuat kuasanya memorandum persefahaman (MOU) di antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) bakal berakhir hujung bulan ini.

Menurut Ismail Sabri dia tidak akan menyambung atau melanjutkan MOU dengan PH selaras dengan ketetapan dibuat partinya, Umno. Mk

Bersatu punca politik kucar kacir – Razlan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker