Ini sebab UMNO tolak DAP – Asyraf Wajdi

Ini sebab UMNO tolak DAP – Asyraf Wajdi

Inilah sebab UMNO tidak pernah jalin kerjasama dengan DAP – Asyraf Wajdi

‘KENYATAAN Lim Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ merupakan sebab mengapa UMNO harus mempertahankan mandat perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam sebuah kerajaan.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merupakan satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan Pandemik Covid-19 adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Perbuatan Lim Kit Siang ini amat biadap dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” kata Asyraf Wajdi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu telah mengarahkan kepimpinan Pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP tersebut.



Asyraf Wajdi berkata, DAP seharusnya belajar bahawa sikap chauvinistik dan rasis telah menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan.

“Inilah juga sebab UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah ada pengalaman menjalinkan kerjasama politik bahkan terus mempertahankan mandat perwakilan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO lalu tidak sesekali bersetuju untuk berpakat dengan DAP,” kata Asyraf Wajdi.

Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya, “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.



(Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”). SM

Ini sebab UMNO tolak DAP – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker