Vaksin Sinovac untuk rakyat dari Sultan Johor

Sebaran :

Vaksin Sinovac untuk rakyat dari Sultan Johor

Sultan Johor terima 20,000 dos vaksin Sinovac, kata TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menerima 20,000 dos vaksin Sinovac untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkan perkara itu di media sosial turut memberitahu akan mendapatkan lebih banyak lagi bekalan vaksin dalam masa terdekat.

“Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah menerima sebanyak 20,000 dos vaksin Sinovac. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih vaksin Sinovac, Pfizer dalam masa terdekat ini,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau turut berharap kerajaan dan menteri dapat membantu pihaknya untuk mengagihkan vaksin kepada rakyat Johor.

“Ini masanya untuk bertindak ‘serve the people’ (berkhidmat kepada rakyat),” katanya.

Sebelum ini, pada 23 Jun lalu Sultan Ibrahim menyuarakan kekecewaan terhadap kadar vaksinasi yang masih perlahan.

Justeru, beliau menggesa kerajaan pusat agar mempertingkatkan lagi bekalan serta kadar vaksinasi termasuk di Johor.

“Hanya 10% daripada 3.78 juta populasi negeri Johor yang telah disuntik vaksin sehingga kini melalui Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Jentera kerajaan negeri bersedia untuk memberikan 50,000 suntikan sehari dengan sasaran memvaksinasi 50% populasi Johor dalam tempoh dua bulan,” kata Sultan Ibrahim. FMT

Vaksin Sinovac untuk rakyat dari Sultan Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB


Sebaran :

Leave a Reply