Umno ada kaedah sekat pembelotan

Pengalaman lalu telah mengajar kaedah menghalang pembelotan.

Umno ada kaedah sekat pembelotan

Ahli Parlimen Umno yang berpaling tadah bukan sahaja akan kehilangan kerusi mereka tetapi juga berdepan dengan tuntutan membayar bon RM100 juta, kata setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

Berucap pada ceramah mega perpaduan Madani di Geliga, Kemaman, Terengganu malam tadi, Asyraf berkata demikian ketika memberi jaminan kepada pengundi bahawa ahli Parlimen Umno tidak mungkin berpaling tadah kepada Perikatan Nasional (PN).



Katanya, setiap wakil rakyat Umno terikat dengan perjanjian yang ditandatangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu mereka yang ingkar dengan arahan dan keputusan parti secara sukarela perlu melepaskan keahlian dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini, katanya, akan mencetuskan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Apa kesannya? Kesannya adalah Akta Anti Lompat Parti (kerana) apabila dia keluar daripada parti, maka dia terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

“Saya (sebagai) setiausaha agung Umno beri jaminan tidak ada seorang pun ahli Parlimen kami yang akan berpaling tadah.



“Tak ada,” katanya.

Kedua, menurut Asyraf, ahli Parlimen Umno juga perlu membayar bon RM100 juta sekiranya ingkar kepada ketetapan parti.

“Adakah klausa ini sah? Mahkamah Tinggi telah memutuskan kes Zuraida (Kamaruddin) yang diarah membayar RM10 juta kepada PKR.

“Mahkamah kata perjanjian itu sah, jadi ini akan terpakai kepada ahli Parlimen BN juga. Dengan kedua-dua (ketetapan kontrak) ini saya yakin tiada ahli Parlimen BN akan berpaling tadah,” katanya.



Asyraf berkata demikian sebagai menjawab mesej kempen utama PN untuk PRK Kemaman bahawa kemenangan untuk pembangkang adalah satu lagi langkah ke arah menumbangkan pentadbiran Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Asyraf berkata kempen pembangkang untuk menggulingkan Anwar adalah impian semata-mata kerana pada masa ini terdapat 153 ahli parlimen yang menyokong perdana menteri.

“Ini sama ada igauan atau pun mimpi (kerana) setiap kali dia cakap, seorang lompat (beri sokongan kepada perdana menteri).

“(Jadi) macam mana nak tubuh kerajaan? Kena ada 112 orang. (Sekarang ini ada) 69 (orang), nak cari mana lagi?” soal Asyraf.



PRK Sabtu ini menyaksikan calon BN, Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PN/PAS.

Berdasarkan keputusan pilihan raya negeri 12 Ogos lalu, PN adalah pilihan utama untuk mengekalkan kerusi itu. Mk

Umno ada kaedah sekat pembelotan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker