Shopee Shop Malaysia Online kembali lagi



Shopee Shop Malaysia Online kembali lagi

Kempen Shop Malaysia Online (SMO) Shopee kembali untuk tahun kedua bagi memacu penggunaan domestik dan membawa lebih ramai pengguna ke atas talian dan menggalakkan para pembeli agar membuat pilihan untuk menyokong penjual tempatan.

Tahun kedua SMO di Shopee ini akan memanfaatkan lebih ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pulangan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup.

Pada tahun lepas, kempen Ringgit-ke-Ringgit di Shopee ini telah memanfaatkan lebih daripada 2.9 juta pembeli, menjana jualan bernilai lebih daripada RM540 juta untuk 80,000 penjual Malaysia di platform e-dagang tersebut.

Pada tahun ini, Shopee akan memberi ganjaran menarik dalam bentuk baucar diskaun, pulangan tunai Syliling Shopee dan subsidi penghantaran percuma untuk pengguna Malaysia apabila mereka menyokong dan membeli daripada penjual tempatan yang memiliki label ShopMalaysia.




Malah, Shopee akan berusaha untuk menarik pelanggan dan menjana aliran tunai kembali kepada peruncit luar talian seperti kedai makanan dan minuman, kedai serbaneka, farmasi dan banyak lagi melalui pulangan tunai dan diskaun sebanyak lebih daripada RM3 melalui portal dalam aplikasi “Deals Near Me” apabila para pengguna membeli Baucar ShopeePay serendah 1 sen dan menebusnya dengan ShopeePay.

SMO bagi tahun ini juga melibatkan sokongan tambahan kepada penjual tempatan untuk mengeksport barangan mereka dan menembusi pasaran baharu. Shopee akan melaksanakan usaha ini menerusi Shopee International Platform (SIP), sebuah inisiatif rentas sempadan hujung ke hujung yang merangkumi logistik, pembayaran serta perkhidmatan pelanggan untuk penjual tempatan tanpa kos tambahan.

Bagi jenama dan penjual Malaysia yang telah pun berjaya menembusi pasaran luar negara melalui SIP, platform e-dagang tersebut akan menawarkan manfaat istimewa seperti baucar diskaun, baucar pulangan tunai syiling Shopee dan rebat penghantaran percuma untuk pelanggan mereka.

Memandangkan SMO berlangsung seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee, rakyat Malaysia akan mendapat ganjaran hebat.

Selain daripada tawaran daripada SMO, rakyat Malaysia juga dapat menikmati penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum, Pulangan Tunai Syiling Shopee 120%, 7.7 juta baucar serta penjimatan hingga 77%.




Para pengguna turut berpeluang memenangi sebahagian daripada 27 juta Syiling Shopee dan sebuah PlayStation 5 dengan bermain permainan menarik semasa 7.7 Jualan Tengah Tahun yang sedang berlangsung hingga 7 Julai. MG

Shopee Shop Malaysia Online kembali lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB



Leave a Reply

Your email address will not be published.