Resepi Ayam Reneh Kicap

Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi. Sselalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

FAKTA MASAKAN
30 min

PENYEDIAAN
4 orang



AYAM RENEH KICAP

BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam

6 ulas bawang putih



2-3 tangkai daun bawang

3 inci halia

10 tangkai cendawan shitake

2-3 sudu besar sos tiram



3 sudu besar kicap manis

1 kuntum bunga lawang

1 sudu minyak bijan

Garam secukup rasa



CARA PENYEDIAAN

Goreng ayam sehingga lemaknya cair, dan luaran dia perang.
Kemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, dan daun bawang.
Letak sos tiram. Masukkan semangkuk air dan kemudian masukkan kicap manis.
Masukkan cendawan shitake, tutup periuk dan reneh selama 20-30 minit. Periksa sekali sekala jika air kering, tambahkan air lagi.
Selepas itu, masukkan bunga lawang, cili kering, dan lada hitam.
Pekatkan dengan bancuhan air tepung jagung, titiskan minyak bijan. Tutup api dan sedia dihidang.

Resepi Ayam Reneh Kicap


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker