Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM

Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM

Memorandum berhubung cadangan penggunaan ketum, hemp dan kanabis untuk dijadikan produk tanaman komoditi negara termasuk penggunaannya dalam perubatan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil dapatan kajian diperoleh menerusi forum dianjurkan tahun lalu itu akan turut diserahkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri.

“Tindakan segera untuk memperoleh kebenaran mengeksport bahan itu ke luar negara perlu bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mempatenkan bahan itu. Sekarang, agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman dalam proses untuk mempatenkan ketum, kalau lambat dapat kebenaran, maka kita akan rugi.



“Kalau lambat patenkan kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluarkan sejumlah bayaran yang tinggi untuk mengeksport ke luar negara walhal mereka tidak tanam pun ketum,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Zahidi berkata, hasil kajian mengenai keberkesanan ketum dalam perubatan juga akan diserahkan kepada setiap menteri besar.

“Kita akan berjumpa setiap menteri besar dan kemukakan laporan perubatan daripada universiti contohnya Universiti Thailand yang memberi laporan ketum bagus untuk saraf. Universiti Sains Malaysia (USM) juga ada buat kajian dan banyak kajian kita akan kemukakan,” katanya.

Beliau berkata, akta sedia ada juga tidak membenarkan ketum dieksport ke luar negara.



“Kalau boleh kita nak ubah akta kita kena bincang dengan Peguam Negara. Sekarang kalau kita nak pinda akta boleh, kita akan beri penerangan kepada Ahli Parlimen dahulu. Kalau 115 Ahli Parlimen setuju, kita dapat ubah akta.

“Apa yang penting tujuan kita buat ini untuk membantu petani di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya.

Pada 16 Dis, sebuah laporan kajian mengenai kebaikan dan manfaat kanabis, hemp serta ketum dan memorandum diserahkan kepada Zahidi di forum terbuka yang diadakan di hotel di Kuala Lumpur. FMT

Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker