Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP

Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang sebelum ini menyokong kerjasama politik dengan kerajaan Muhyiddin Yassin tahun lalu, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) pada pemilihan parti itu hari ini.

Pua, yang juga Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, memperoleh 744 undi manakala Ong, yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, memperoleh 535. Mereka ketinggalan jauh di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Jannie Lasimbang yang mendapat tempat apabila menduduki tempat ke-30 dengan 877 undi.

Gandingan itu mendapat kritikan hebat tahun lalu selepas mencadangkan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat rangka kerja yang dicadangkan untuk kerjasama politik dua parti yang dikemukakan Muhyiddin yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, beberapa hari sebelum beliau meletak jawatan pada Ogos.

Dua lagi Ahli Parlimen yang turut gagal tersenarai dalam CEC ialah Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ketua Wanita yang juga ADUN Padang Lalang, Chong Eng.

Mereka yang pertama kali menduduki kerusi CEC ialah ADUN Ketari, Young Syefura Othman, yang juga satu-satunya calon Melayu yang dipilih untuk CEC dan Lim Hui Ying, anak perempuan kepada mentor DAP, Lim Kit Siang yang juga adik kepada Lim Guan Eng.

Guan Eng, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, juga tersenarai dalam CEC dan kemudiannya dipilih sebagai pengerusi parti.

Seramai 4,149 perwakilan mengundi melibatkan 93 calon bertanding bagi merebut 30 tempat dalam CEC iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti.

Gobind, Chow, Loke berada dalam senarai teratas

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi iaitu 1,782, diikuti Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Loke Siew Fook (1,625 undi).

Loke kemudian dipilih oleh jawatankuasa sebagai Setiausaha Agung DAP.

Seramai sembilan wanita juga dipilih ke CEC selaras dengan peruntukan perlembagaan yang memperuntukkan kuota 30% untuk wanita dalam jawatankuasa itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Hannah Yeoh (Segambut), Teo Nie Ching (Kulai), Kasthuri Patto (Batu Kawan), Wong Shu Qi (Kluang), Alice Lau (Lanang), Young Syefura, ADUN Kapayan, Jannie dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying.

Kok, Teo dan Lasimbang sebelum ini menjadi CEC manakala Yeo dan Chong Eng gagal mempertahankan kedudukan mereka. FMT

Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker