Ekonomi negara pada unjuran baik – Ismail

Ekonomi negara pada unjuran baik – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menafikan kerajaan gagal memulihkan ekonomi negara susulan pandemik Covid-19 kerana prestasi positif Malaysia bagi 2021 menunjukkan negara kini berada pada unjuran yang baik ke arah mencapai sasaran ditetapkan pada tahun ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.1% pada 2021 berbanding penguncupan 5.6% pada 2020.

“Ramai yang menganggap bahawa kita masih gagal untuk memulihkan ekonomi.

“Sebenarnya kita telah pun berjaya memulihkan ekonomi, dari segi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) juga merekodkan peningkatan pada tahun 2021 iaitu melebihi RM50 bilion berbanding tahun 2020 sebanyak RM14.6 bilion.

“Indikator positif ini memberi gambaran bahawa negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi untuk mencapai unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 5.5% sehingga 6.5% bagi tahun 2022, selari dengan unjuran yang dibuat oleh IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan sentiasa prihatin menjaga kebajikan rakyat terutama dalam membantu pekerja industri pelancongan yang terkesan wabak itu.

“Apabila sekatan pergerakan di seluruh negara (dilaksanakan), waktu itu syarikat akan buang pekerja.

“Mereka tiada pendapatan namun kena bayar gaji pekerja, jadi kerajaan menghabiskan berbilion ringgit untuk subsidi upah gaji iaitu kerajaan bayar gaji pekerja supaya majikan tidak buang pekerja.

“Ini yang dilakukan oleh kerajaan untuk pastikan ada pendapatan oleh rakyat dan kita tidak membebankan rakyat dan majikan yang mungkin membuang pekerja mereka… sebab itu dari segi pengangguran, walau ada peningkatan kita cuba kawal,” katanya. FMT

Ekonomi negara pada unjuran baik – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker