Netizen kecam ibu biar anak bawah umur hisap rokok daun

Netizen kecam ibu biar anak bawah umur hisap rokok daun

Seorang ibu yang juga usahawan kembali mencipta kontroversi apabila video terbaharunya yang dikongsikan di laman Instagram mendapat kecaman.

Dalam rakaman tersebut, wanita yang juga anak kepada pelakon veteran memaparkan gelagat anak-anaknya yang masih bawah umur sedang menggulung dan menghisap rokok daun beramai-ramai di sebuah acara keluarga.



Menerusi ruang hantaran, dia memberitahu rokok daun itu tidak mengandungi sebarang tembakau.

“Tak ada tembakau, masing-masing poyo dengan rokok daun,” tulisnya.

Rata-rata netizen jelas kurang senang dengan tindakan anak-anaknya dan menganggap perkara itu sebagai tidak wajar untuk dilakukan.

Malah ada kalangan mereka yang kecewa apabila sebagai ibu bapa gagal memberi contoh terbaik kepada anak-anak dan sanggup membiarkan anak mereka berbuat demikian kerana tindakan itu juga mampu membahayakan kesihatan.



Sebelum ini, wanita ini sering membuat kontroversi apabila mempromosi produk jamunya dengan gaya atau bahasa lucah serta sering memuat naik video untuk mencari sensasi. MG

Netizen kecam ibu biar anak bawah umur hisap rokok daun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker