Lelaki kahwin 26 kali hanya mahu anak

Lelaki ini menyuarakan hasrat mahu berkahwin sebanyak 100 kali. – Twitter

KARACHI – Seorang lelaki Pakistan yang sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh kali melahirkan hasratnya untuk berkahwin sehingga 100 kali, lapor laman berita Times Now semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu sebelum ini telah berkahwin 26 kali tetapi bercerai dengan 22 wanita.

Satu rakaman video tular menunjukkan dia membuat pengakuan tersebut ketika duduk bersama empat orang isterinya dengan salah seorang daripadanya berusia 19 tahun.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu berkata, dia berkahwin kerana mahukan cahaya mata daripada isteri-isterinya namun, bertindak menceraikan wanita-wanita berkenaan selepas anak itu dilahirkan.



Lebih mengejutkan adalah wanita yang dikahwininya itu mengetahui lelaki tersebut akan menceraikan mereka selepas melahirkan anaknya.

Lelaki berkenaan bagaimanapun menyatakan bahawa dia tetap membantu bekas-bekas isterinya dari segi kewangan.

“Dia ialah ‘raja’ perkahwinan kontrak,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker