PrnSarawak: Azizul Adenan yakin pengundi Dun Tanjung Datu bersamanya

PrnSarawak: Azizul Adenan yakin pengundi Dun Tanjung Datu bersamanya

KUCHING: Azizul Annuar Adenan, 31, daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap anak bongsu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bersaing secara empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.

Beliau yang bertanding buat pertama kali menggantikan penyandang yang juga ibunya, Puan Sri Jamilah Anu di kawasan itu dan berdepan dengan saingan calon daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Goem Pijar; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jery’in Fauzi dan Bebas, Abdul Talib Baee.



Pada PRN Sarawak lalu, Jamilah menyandang kerusi itu dengan undi majoriti 6,753 undi selepas kematian arwah Adenan yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Januari 2017.

Azizul yakin bahawa pengundi Dun Tanjung Datu akan bersamanya kerana mereka boleh menilai kepimpinan ayah dan ibunya sebelum ini. Beliau juga berjanji akan meneruskan segala usaha yang telah dicurahkan oleh ibu bapanya kepada rakyat di Dun Tanjung Datu.

Walau berdepan dengan cabaran empat penjuru yakin pengundi tetap akan memberi sokongan kepada GPS kerana terbukti GPS adalah gabungan yang mampu membawa Sarawak ke arah kecemerlangan serta memberi nikmat kepada rakyat Sarawak.

PrnSarawak: Azizul Adenan yakin pengundi Dun Tanjung Datu bersamanya




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker