47,928 individu dikehendaki polis

PETALING JAYA: Sering menukar alamat dan menggunakan maklumat palsu antara taktik digunakan pesalah-pesalah warganegara Malaysia yang berada dalam senarai dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengelak diri mereka daripada dikesan.

Berbeza pula bagi warganegara asing, pesalah-pesalah ini agak sukar dikesan polis kerana menggunakan pasport palsu selain maklumat yang diperoleh tidak lengkap seperti alamat kediaman.

Mengakui keadaan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan memberitahu Mingguan Malaysia, berdasarkan statistik, sebanyak 47,928 warganegara ini dan warga asing disenaraikan sebagai individu dikehendaki sejak 2017 sehingga Februari lalu.



Daripada jumlah itu, kata beliau, sebanyak 28,544 individu disenaraikan sebagai dikehendaki selepas terlibat dalam kes dadah.

Jelas beliau, selain itu, seba­nyak 12,550 individu pula merupakan pesalah bagi kesalahan-kesalahan komersial diikuti kes jenayah (6,733 orang) dan kes trafik (101 orang).

“Kita percaya, kebanyakan mereka ini masih berada di dalam negara ini dan sekiranya mereka berada di luar negara, tidak menolak kemungkinan mereka menggunakan laluan-laluan tikus untuk melarikan diri daripada ditahan,” kata­nya dalam wawancara di Bukit Aman baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Abd. Jalil, berdasarkan statistik dalam tempoh lima tahun itu juga, trend mereka yang berada di dalam senarai dikehendaki menunjukkan penurunan.



Menurut beliau, penurunan itu disebabkan operasi khas yang dijalankan JSJ untuk mengesan mereka dikehendaki ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 sehingga kini.

Kata beliau, operasi khas yang dijalankan itu dilakukan menerusi sekatan jalan raya di seluruh negara selain mengenal pasti lokasi-lokasi keberadaan pesalah-pesalah ini.

“Memandangkan pergerakan agak terhad dan ramai duduk di rumah, kebanyakan mereka yang berada di dalam senarai ini telah berjaya dikesan dan tindakan sudah pun diambil.

“Malah ada juga sebahagian daripada mereka kita dapati te­lah meninggal dunia seterusnya mengeluarkan nama mereka dalam senarai individu dikehendaki,” jelasnya.



Dalam pada itu, Abd. Jalil turut menasihati, mana-mana individu yang berkemungkinan pernah melakukan kesalahan dan nama mereka berada dalam senarai dikehendaki ini untuk tampil di balai-balai dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK).

“Jika ada yang mengetahui rakan atau ahli keluarga mereka berada dalam senarai dikehendaki ini, mereka perlu memaklumkan kepada pihak polis maklumat-maklumat terkini untuk kita ambil tindakan.

“Tidak kira, mereka berada di dalam mahupun luar negara, hasil maklumat ini amat diperlukan untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau ketika diminta mengulas mengenai individu yang berada dalam senarai notis merah berkata, hanya kesalahan-kesalahan tertentu sahaja permohonan akan dibuat kepada Interpol.



Jelas beliau, permohonan notis merah berkenaan dikeluarkan kepada kesalahan-kesalahan jenayah berat seperti pembunuhan dan penipuan yang mana negara-negara luar turut mempunyai undang-undang sama.

“Tetapi bagi kes-kes melibatkan hak asasi manusia dan agama tidak boleh diletakkan di bawah notis merah kerana ada negara tidak mengamalkan undang-undang di bawah kesalahan ini sekali gus menyukarkan proses ekstradisi dilakukan.

“Disebabkan kelompongan ini, ramai rakyat di negara ini mengambil kesempatan melarikan diri ke luar negara. Bila sudah berada di sana pula, mula mereka berani mengutuk kerajaan negara ini kerana ada negara-negara mengamalkan undang-undang kebebasan bersuara,” jelasnya. – UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker