Roket Bulan gergasi NASA buat penampilan pertama

ROKET itu menggunakan semula teknologi daripada beberapa program angkasa lepas lain. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan memperkenalkan roket Bulan gergasi pertama dikenali sebagai Sistem Pelancaran Angkasa (SLS), lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

SLS dilaporkan dibawa ke pad pelancar di Pusat Angkasa Kennedy di Florida untuk raptai ujian kiraan detik. Ujian lengkap dijadulkan berlangsung pada 3 April ini.

Roket itu akan diisytiharkan bersedia untuk misi menghantar kapsul ujian tanpa kru mengelilingi Bulan jika ujian tersebut berjalan dengan lancar.

Pelancaran sebenar diramalkan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang. Angkasawan-angkasawan dijangka menaiki roket SLS ke permukaan Bulan pada separuh kedua dekad ini.



Roket SLS berketinggian lebih 100 meter itu direka lebih berkuasa daripada roket Apollo Saturn yang dilancarkan pada 1960-an dan awal 1970-an.

Daya tujahannya bukan sahaja mampu menghantar angkasawan jauh ke luar Bumi, malah membawa peralatan dan kargo yang begitu banyak sehingga kru-kru mampu berada di angkasa untuk tempoh yang lama.

Kemunculan daripada Bangunan Perhimpunan Kenderaan Kennedy (VAB) semalam adalah yang pertama. Ia merupakan kali pertama orang awam dapat melihat bahagian roket itu dipasang sepenuhnya.

“Kemunculan  di VAB itu benar-benar detik ikonik untuk roket ini. Ini adalah hari yang perlu diingati untuk menjadi saksi kepada kemajuan penciptaan roket gergasi,’’ kata pentadbir bersekutu NASA untuk pembangunan sistem penerokaan, Tom Whitmeyer.



SLS keluar dari VAB sebelum pukul 6 pagi (waktu tempatan). Ia dipasang pada struktur sokongan yang dikenali sebagai Pelancar Mudah Alih.

Struktur setinggi 120 meter dan seberat 5,000 tan itu terletak di atas traktor gergasi yang pernah digunakan untuk menggerakkan kenderaan pelancar Saturn V dahulu dan kemudiannya beberapa kapal angkasa lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker